Subscribe:

Pages

Tuesday 14 June 2011

TaYamMum

PENGERTIAN 
Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku  dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan Niat.

HUKUM
WAJIB : Bagi orang yang tidak boleh menggunakan atau Ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf

SEBAB-SEBAB

  • Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya.
  • Ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan & minum (diri,keluarga & ternakan )
  • Ada air  tetapi tidak boleh mendapatkannya kerana membahayakan keselamatan diri  spt :  ancaman   binatang buas
  • Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit  yang memudaratkan  jika terkena air,  spt; penyakit kulit

SYARAT-SYARAT

  • Telah masuk waktu solat fardu
  • Debu tanah suci dari Najis
  • Debu mestilah kering dan tidak bercampur dengan benda yang lain
  • Menghilangkan najis sebelum bertayamum
  • Telah berusaha mencari air terlebih dahulu dan yakin tiada air


RUKUN-RUKUN

  • Berniat tayammum –( ketika menyapu debu ke muka)
  • Menyapu debu tanah sekali, ke muka
  • Menyapu debu ke tangan hingga ke siku
  • Tertib- menyapu muka dahulu kemudian 
  • menyapu kedua-dua belah tangan   

SUNAT-SUNAT
Membaca Basmallah
Mengadap kiblat
Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka
Mendahului menyapu tangan kanan
Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
Merenggangkan jari semasa menekap debu




PERKARA YANG MEMBATALKAN
Berlaku semua perkara yang membatalkan wuduk
Ada air sebelum melakukan solat, jika bertayammum krn tiada air

CARA-CARA 

  • Sebelum bertayyamum : bersihkan dahulu anggota tayammum dan badan dari najis dan kekotoran
  • Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu, nipiskan debu kemudian sapukan debu kemuka,  dari bahagian atas ke bawah
  • Bersihkan tapak tangan daripada  debu yang digunakan
  • Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu sekali lagi, kemudian sapukan debu di tangan kiri kepada tangan kanan ,bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku
  • Selepas itu debu tangan di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku 






SemBahYangLah KaMu SeBeLum KaMu DiSemBahYangKan